Jumaat, 25 Mei 2012

Selamat Bercuti!

Selamat Bercuti Kepada Warga Sekolah MOZAC yang bermula dari 26 Mei sehingga 10 Jun 2012 . Semoga percutian ini membawa seribu kenangan manis dan diharap semua pelajar menjaga keselamatan diri. Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, semoga masa terluang ini dapat diisi dengan mentelaah pelajaran. Cuti.. cuti juga belajar jangan lupa!! Dan semoga masa cuti yang panjang ini diisi dengan perkara-perkara bermanfaat.

Jumaat, 11 Mei 2012

Selamat Hari Ibu 13 Mei 2012

     Tarikh sambutan Hari Ibu 2012 di Malaysia jatuh pada 13 Mei 2012. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu di dunia dari PIBG MOZAC. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak dan keluarganya tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar walau dengan segunung intan permata sekalipun. Ibu adalah seorang insan yang sentiasa berkorban demi kepentingan keluarganya. Segala penat lelah, jerit perih membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga dalam pelbagai situasi tidak sesekali beliau akan merungut. Itulah ibu, beliau hanya tersenyum takkala menghadapi kesusahan, sembunyikan kesedihan dan kesusahan demi kehidupan anak-anak. Hanya senyuman yang terukir di bibir untuk mengumpul segunung ketabahan bagi menjaga anak-anak dan keluarga. Justeru itu memang wajib dan wajarlah kita menghormati dan menghargai seorang ibu. Tanpa ibu kita bukan sesiapa didunia ini. Hargai ibu anda sebelum terlambat.





Puisi Khas buat Ibu:


IBU...rambutmu kini sudah mulai memutih

Kulitmu tak lagi kencang

Penglihatanmu tak lagi terang

Jalanmu kini sudah mulai goyang

Namun..apa yang terlihat


Semua itu tak pernah engkau rasakan

Semua itu tak pernah engkau pedulikan

Aku paham, semua itu demi anakmu

Engkau tak lagi dapat membedakan


Mana siang, mana malam

Semangat mengalahkan gemetar kakimu

Dan segala rasa lelahmu

Ini semua...untuk siapa?

Hanya untuk anakmu

Anak yang engkau impikan menjadi orang hebat

Mencapai setumpuk asa





IBU...sampai kapanpun,

Anakmu tak kan pernah lupa

Atas semua jasa, do'a dan derita

Keringat yang engkau cucurkan




IBU...engkau sudah terlalu besar, berkorban

Hanya surga yang pantas membayar tulusmu

Hanya Tuhan yang pantas menjagamu

Dunia dan akhirat...





IBU...

Anakmu kan selalu merindumu

Do'a di setiap hembus nafas ini

Terima kasih...IBU, untuk semua ikhlasmu...

Khamis, 10 Mei 2012

Selamat Hari Guru 16 Mei 2012







     Pada 16 Mei 2012 akan datang, sempena Hari Guru, PIBG MOZAC akan menganjurkan Majlis Makan Tengahari di Hang Tuah City Hotel, Bukit Baru, Melaka bersama-sama guru-guru Mozac yang selama ini tak penah kenal erti penat dan lelah untuk mendidik para pelajar hingga Mozac kini menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Majlis Makan Tengahari ini selain meraikan guru-guru Mozac malah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG MOZAC sesi 2012/2014. Dengan terbentuknya hubungan baik antara guru dan AJK PIBG maka mereka lebih senang dan mudah untuk bekerjasama untuk Memacu Transformasi ke Arah Kecemerlangan. Semua guru MOZAC dan AJK PIBG dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Kembara Psikologi Mozac Bersama Dr. A. Sher Kawi Jaafar

     Alhamdulillah... Majlis Kembara Psikologi Mozac 2012 berakhir dengan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada PIBG Mozac, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(JPA), guru-guru dan semua yang menjayakan majlis ini. 

     Pelajar Tingkatan 3 dan 4 sangat bertuah kerana dapat bersama-sama Dr A. Sher Kawi Jaafar yang memberi motivasi kepada para pelajar untuk menaikkan semangat mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Di samping itu, atas keprihatinan PIBG seramai 28 orang pelajar miskin/yatim diberi sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban mereka. Semoga majlis ini akan diteruskan dari masa ke masa agar prestasi Mozac sebagai SBT akan tetap dijulang.




Dua dari kiri : Pengetua Mozac, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Dr Aris bin Kasan, YDP PIBG En Roslan bin Mat Nong dan Dr. A. Sher Kawi.




Dr Aris sedang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada anak yatim.




Slot motivasi Dr A Sher Kawi dengan pelajar tingkatan 3 dan 4




YDP PIBG menyampaikan sumbangan baju batik dan vest kepada pelajar miskin




Dr. A. Sher Kawi mendekati para pelajar dalam slot motivasinya

Rabu, 2 Mei 2012

Kembara Psikologi Tahun 2012




     Pada 8 Mei 2012 akan diadakan Kembara Psikologi Tahun 2012 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Mozac. Program kembara ini diadakan selaras dengan hasrat untuk memantapkan cara gaya pemikiran dalam pembagunan modal insan para pelajar dan masyarakat setempat melalui pendekatan psikologi. Program ini akan melibatkan pelajar PMR dan SPM 2012 Mozac.

Aturcara Kembara Psikologi ke Mozac:

10.00 pagi :    Program Motivasi Bersama Dr. A. Sher Kawi Jaafar
10.30 pagi :    Slot Motivasi Dr. A. Sher Kawi Jaafar
12.30 tghari :
  • Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar
  • Penyampaian cenderamata
  • Ucapan penutup Oleh YDP PIBG
2.45 ptg : Taklimat Biasiswa dan penajaan daripada Pihak Jabatan Perkhidmatan                                       Awam Putrajaya

4.30 ptg : Majlis Besurai


Bersama-sama kita bekerjasama merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang ingin menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berintegriti.

Majlis Anugerah Cemerlang Kali ke-37 & Hari Terbuka Asrama

     Pada 28 april 2012 bersamaan hari sabtu lalu, Mozac telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke-37 Dan Hari Terbuka Asrama. Program yang dijalankan pada setiap tahun ini telah menerima tetamu kehormat, Yang Bhg. Datuk Hj. Naim Bin Abu Bakar PPT., DMSM., Pegawai Kewangan Negeri dari Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka. 

     Majlis bermula pada 9.00 pagi di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Majlis bertujuan untuk meraikan pelajar cemerlang bagi PMR 2011, SPM 2011 dan pelajar cemerlang Peperiksaaan Akhir Tahun 2011. Seramai 105 orang pelajar PMR 2011 yang telah mendapat 8A dalam peperiksaan mereka dan 51 orang pelajar SPM 2011 yang mendapat 9A dalam SPM tahun lalu telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang. 

     Sementara itu Hari Terbuka Asrama diadakan bagi melatih pelajar menjadi kreatif dalam menghias dorm masing-masing. Dorm yang dipilih sebagai dorm yang tercantik akan diberikan hadiah sebagai penyuntik semangat mereka di masa hadapan untuk menjadi lebih kreatif lagi.  Diharapkan majlis ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada pelajar lain lebih berusaha untuk mencapai kejayaan.


Gambar 1: Antara tetamu yang hadir, YDP Alumni, Pengetua M, Yang Bhg. Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar , YDP PIBG Mozac dan PKP Mozac.

Gambar 2: Pelajar Terbaik SPM 2011 di tengah, diapit kedua ibubapa beliau, bersama Yang Bhg. Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar, YDP PIBG Mozac dan Pengetua Mozac.

Gambar 3: Kedatangan Yang Bhg. Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar bersama YDP PIBG Mozac sedang disambut oleh guru-guru MOZAC.