Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Kembali ke Sekolah


PIBG MOZAC mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima.

Semoga Tahun 2013 memberi kejayaan yang lebih cemerlang pada anda semua.

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan.










Selamat Datang kepada Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013









PIBG MOZAC mengucapkan 'Selamat Datang'  kepada semua pelajar baru Tingkatan 1 Tahun 2013 ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. 

Semoga pencapaian cemerlang anda semua terus dilakar di sekolah ini.

"Kejayaan Anda Matlamat Kami. "







Jumaat, 21 Disember 2012

Sekalung Tahniah daripada YDP PIBG Mozac





TAHNIAH !

KEPADA SEMUA PELAJAR PMR YANG MENDAPAT PMR 8A


         Saya dan warga AJK PIBG mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat 8A dengan cemerlang. Semoga kejayaan ini akan memberi lebih semangat dan keyakinan bagi menempuh peperiksaan yang akan datang.

          Kepada yang tidak berjaya mendapat 8A, anda boleh berusaha dengan lebih gigih lagi pada peperiksaan yang akan datang. USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN.

           Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru MOZAC yang terlibat dalam PMR 2012 atas budi dan jasa telah mendidik pelajar-pelajar sehingga mengekalkan prestasi MOZAC sebagai sekolah terbaik di Negeri Melaka. Syabas!
  
Terima Kasih Cikgu, KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA SEMUA.