Jumaat, 21 Disember 2012

Sekalung Tahniah daripada YDP PIBG Mozac





TAHNIAH !

KEPADA SEMUA PELAJAR PMR YANG MENDAPAT PMR 8A


         Saya dan warga AJK PIBG mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat 8A dengan cemerlang. Semoga kejayaan ini akan memberi lebih semangat dan keyakinan bagi menempuh peperiksaan yang akan datang.

          Kepada yang tidak berjaya mendapat 8A, anda boleh berusaha dengan lebih gigih lagi pada peperiksaan yang akan datang. USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN.

           Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru MOZAC yang terlibat dalam PMR 2012 atas budi dan jasa telah mendidik pelajar-pelajar sehingga mengekalkan prestasi MOZAC sebagai sekolah terbaik di Negeri Melaka. Syabas!
  
Terima Kasih Cikgu, KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA SEMUA.