SUDUT YDP


BIODATA

Nama : Roslan bin Mat Nong

Jawatan Sekarang : Setiausaha Bahagian,
                                     Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
                                     Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Gred : Pegawai Tadbir dan Diplomatik M54

Anak di Mozac : Nur Farah Qistina bt Roslan (Ting. 4)

Jawatan lain :

Ahli Lembaga Pengarah : Institusi Pengurusan dan Intergriti Melaka (INSPIM)
Ahli Lembaga Pengarah : DMDI International Education
Ahli Lembaga Pengarah : Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Ahli Majlis MAFA Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka
Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW)
Penaung Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka (KBTBB)
Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ketua Menteri Melaka
Bapa Angkat Masjid Bukit Baru Melaka

Pengalaman Terdahulu : Naib YDP PIBG
                                               Sek. Keb. Jalan Datuk Palembang, Melaka



SEPATAH DUA KATA

     Lembaran tahun 2014 telahpun melabuhkan tirai dengan kenangan manis yang sama-sama mencetus kenangan terindah kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah bukan sahaja pelajar, guru-guru, pentadbir tetapi juga ibu bapa. Kejayaan yang terlakar ternyata hasil daripada usaha gigih yang tidak putus-putus daripada semua yang terlibat terutamanya Pengetua, Pentadbir sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Tahniah saya ucapkan. Semoga kejayaan ini terus di lakar pada tahun 2015.

      Harapan saya, pada tahun 2015, kita sama-sama berganding bahu, memberi yang terbaik untuk Sekolah Sains Muzaffar Syah agar terus menerus menjadi sekolah yang berprestasi tinggi di Negeri Melaka, seterusnya menjadi sekolah yang mempunyai persekitaran yang berkualiti tinggi dengan kebajikan pelajar dan guru dipelihara sepenuhnya.

       Oleh itu, saya wakil ibu bapa Sekolah Menengah Sains Muzaffar mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan guru-guru, semoga tahun 2013 menjadi tahun yang bermakna kepada kita semua.


Encik Roslan bin Mat Nong DSM, BCM, BKT
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,
Ayer Keroh, Melaka